Ads 468x60px

Sejarah Sekolah


Sejarah
Sekolah Menengah Teknik Dungun (SMTD) didirikan di atas tanah seluas 21 ekar di KM 5, Jalan Paka, Dungun, Terengganu pada tahun 1997. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Sekolah ini siap sepenuhnya pada tahun Jun 2000.
Semasa mula beroperasi, sekolah ini hanya mempunyai tenaga kerja seramai 25 orang guru dan 7 orang kakitangan. Pengambilan pelajar kali pertama dilakukan pada tahun 2001 dengan seramai 400 orang mendaftar sebagai kumpulan pertama pelajar sekolah ini dan kini seramai 749 orang pelajar sedang mengikuti pengajian di sini.
Kursus-kursus yang ditawarkan di sekolah ini ialah Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.
KEMUDAHAN ASAS
Terdapat empat blok bangunan sekolah iaitu satu blok Bangunan Pentadbiran, satu blok Bangunan Akademik yang terdiri daripada 30 buah bilik darjah dan Pusat Sumber serta dua blok Bangunan Makmal. Bangunan ini juga dilengkapi dengan Dewan Kuliah Gemilang boleh memuatkan seramai 100 orang pelajar dalam satu-satu masa. Kemudahan asrama juga disediakan dengan tujuh blok asrama yang mampu menampung bilangan seramai 800 orang pelajar pada satu-satu masa.
Kemudahan lain yang terdapat di SMTD ialah Dewan Besar yang gah di hadapan pintu masuk yang boleh memuatkan seramai 800 orang. Di samping itu surau, kantin, sebuah bas, sebuah transit dan padang serta gelanggang permainan juga disediakan untuk keselesaan pelajar.

LOGO SEKOLAH
Alat janghka lukis, buku dan moto ‘Kualiti Teras Kecemerlangan’ menggambarkan pengguasaan ilmu yang berteraskan kualiti boleh menjana kecemerlangan pelajar sehinggan ke peringkat antarabangsa. Nama Sekolah Menengah Teknik Dungun dan huruf ‘TD’ di dalam blob bermaksud SMTD menuju ke arah globalisasi.
Lapan bucu berwarna biru melambangkan kepelbagaian dimensi pemikiran, bidang ilmu dan kerjaya yang terbuka kepada pelajar aliran teknik.
Jalur kuning dan biru melambangkan kedaulatan raja dan Negara Malaysia melahirkan kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran Negara.
Warna biru laut dalam bulatan menggambarkan keluasan ilmu yang melangkaui batas dunia tetapi berpaksi kepada paradigm tauhid.
Lencana
VISI SEKOLAH
Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MISI SEKOLAH
SMTD berhasrat dan bertekad untuk mewujudkan pendidikan teknikal yang berkualiti di peringkat menengah sejajar dengan perubahan dan keperluan semasa melalui kerja berpasukan dan peningkatan kualiti yang berterusan.
OBJEKTIF SEKOLAH

1. Melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.
2. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi dalam bidang teknikal.
3. Menyediakan pelajar untuk keperluan pendidikan tinggi dalam bidang kejuruteraan.
HARAPAN

Dengan tenaga pengajar terlatih seramai 100 orang dan 20 orang kakitangan sokongan diharapkan SMTD dapat menempatkan diri dalam kelompok sekolah elit dalam beberapa tahun lagi bukan sahaja di peringkat negeri Terengganu tetapi juga di peringkat kebangsaan.


LAGU SEKOLAH

Bersama kita membina,
Budaya hidup cemerlang,
Setulus hati seteguh iman,
Menjana insan bertaqwa.

Bersama kita membina,
Sekolah yang gemilang,
Seikhlas tekad martabatkan insan,
Kualiti teras kecemerlangan.

Bersama kita membina,
Pendidikan teknik yang terbilang,
Melangkah gagah menyahut cabaran,
Dunia tanpa Sempadan.

Sekolah Menengah Teknik Dungun,
Bersama kita ungkiri kejayaan,
Demi tuhan yang tercinta (x2)