Ads 468x60px

Tuesday, July 19, 2011

Kem Masih Ada Yang Sayang

Kem Solat Hajat(Masih Ada Yang Sayang)
17-19/07/2011
Kem Askar Bukit Kuang,Kemaman





Friday, July 15, 2011

Pelajar Yang Perlu Dirujuk Kepada Guru UBK

  • Murid yang perlu dirujuk oleh guru bagi pemantapan sahsiah diri dan akademik contohnya cara belajar berkesan.
  • Murid yang ingin mencari maklumat tentang kerjaya/psikososial dan lain-lain.
  • Murid miskin/anak yatim bagi tujuan kebajikan mereka.
  • Murid yang gagal dalam peperiksaan/ujian bulanan sekolah.
  • Murid yang mempunyai masalah peribadi sehingga menjejaskan prestasi akademik.
  • Murid yang terlibat dalam pengambilan dadah/rokok dan bahan beracun seperti menghidu gam.
  • Tingkah laku pendiam (pasif)/tidak aktif dalam kelas.
  • Murid yang melanggar peraturan sekolah seperti yang tercatat dalam buku peraturan sekolah.
  • Tidak menyiapkan kerja sekolah dan latihan yang diberikan guru.

Kem Kecemerlangan Akademik


Pada 11 hingga 14 Julai 2011, Sekolah-sekolah Menengah Teknik Zon 8 (Kelantan & Terengganu) telah diadakan Kem Kecemerlangan Akadenik di SM Teknik Dungun. Seramai 150 pelajar terlibat dalam kem ini yang terdiri daripada Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SM Teknik Dungun, SM Teknik Terengganu dan SM Teknik Bachok.
Matapelajaran yang terlibat dalam Kem ini ialah Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.
Tujuan Kem ini adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar-pelajar elit sekolah yang terlibat. Fasilitator bagi kem ini terditi daripada guru-guru dari sekolah berkenaan.

Wednesday, July 13, 2011

Kursus Haji


kursus_haji

Kursus yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini diadakan pada 12 Julai 2011 melibatkan semua pelajar tingkatan lima. Kursus ini memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang fardu haji yang wajib bagi semua umat Islam yang berkemampuan. Semua rukun dalam fardu haji dipelajari oleh pelajar melalui fasilitator yang didatangkan khas dari Lembaga Tabung Haji. Rukun haji seperti niat, wukuf, melontar, tawaf, saei dan sebagainya dilakukan oleh pelajar mengikut seperti yang dilakukan ketika di tanah suci. Kursus ini dapat memantapkan pengetahuan pelajar tentang fardu haji yang sememangnya terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Islam.