PROGRAM CAKNA AKADEMIK
SPM 2011
TARIKH:
25 SEPT-4 OKT 2011
TEMPAT
STUDENT SQUARE
KERJASAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 Pengenalan
Setiap pelajar mempunyai potensi untuk terus berkembang di dalam bidang akademik . Namun begitu kadang kala mereka agak cuai dan tidak memandang serius mengenai tahap pencapaian diri mereka. Ianya akan membuktikan bahawa pelajar tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.
Justeru itu sebilangan kecil daripada mereka akan kecundang di dalam ujian dan juga peperiksaan. Oleh itu program ini dirangka bagi meningkatkan kesedaran dan motivasi diri agar terus menggunakan potensi mereka ke tahap maksima. Dengan bantuan para guru matapelajaran potensi mereka dijana dan diterjemahkan semula di dalam SPM 2011 kelak.
2.0 Objektif pROGRAM
1. Menanamkan sikap bertanggung jawab terhadap diri sendiri, sekolah, ibu bapa, agama, bangsa, dan negara.
2. Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.
3. Melahirkan individu yang penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain serta tahu pandai bersyukur di atas apa yang dianugerahkan Tuhan untuknya.
4. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup di dunia dan di akhirat.
5. Membina keyakinan diri kepada pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM 2011 bahawa mereka boleh melakukan dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan atau capai setakat ini.
3.0 Pelaksanaan PROGRAM
Program ini diselaraskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua Ketua Panitia yang terbabit.
4.0 Kumpulan Sasaran
Pelajar yang gagal dalam subjek teras ( Bahasa Melayu,Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik Moden.)
5.0 Tempat PROGRAM
Tempat Program : Student Square SMaTeD
6.0 Tarikh Cadangan
Tarikh Program : 25 Sept hingga 4 Okt 2011( 8 hari)
7.0 JawatanKuasa kerja
Penasihat
Haji Awang bin Junoh (Pengetua SM.Teknik Dungun)
Timbalan Pengerusi
En.Mohd Yatim bin Mat (GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi
Haji Abdul Karim bin Dolah (GPK HEM)
Penyelaras
Pn Tg Maimun bt Tg Jaafar
Setiausaha
Pn.Aizan binti Hassan
AJK
Pn Hajah Norasmawati Ahmad
Pn Siti Khadijah Mamat
Pn Norwafidzlah Abd Wahab
Pn Rosliza Hashim
8.0 Modul dan Pengisian PROGRAM
Dikendalikan sepenuhnya oleh guru matapelajaran
9.0 Pelunjuran Perbelanjaan
Perbelanjaan
BIL | PERKARA | PERBELANJAAN | JUMLAH (RM) |
1. | Makan minum pelajar selama 8 hari | RM3.00 sehari x 7 kali makan | 225.00 |
JUMLAH BESAR=RM225.00 |
225.00 |
11.0 Penutup
Diharapkan Program Cakna Akademik ini dapat membantu para pelajar memperolehi kepujian di dalam SPM 2011 kelak.
Semangat yang jitu, usaha yang gigih serta berdoa dan tawakal adalah penting untuk para pelajar melangkah ke alam baru yang lebih baik daripada sebelumnya.Semoga mereka semua dapat menjana keputusan yang luar biasa bagi peperiksaan SPM yang tidak berapa lama lagi .