Ads 468x60px

Wednesday, August 24, 2011

Salah satu tugas Guru Kaunseling SMT Dungun

Ini adalah salah satu program out reach ke sekolah-sekolah daerah Dungun .
Kebiasaanya ia dibuat untuk pelajar-pelajar lepasan PMR .

contoh:SMK Seri Paka

Sunday, August 21, 2011

Kemahiran Belajar


KEMAHIRAN BELAJAR
Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan
Pengenalan :
Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang
cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah.
Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai..
2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?
Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ?
Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :
2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.
2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..
2.3 Pegangan hidup ” Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum”.
2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.
Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih
timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda :
Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.?
Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ?
Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ?
Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ?
Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ?
Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ?
Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ?
Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ?
Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ?
Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ?
Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?

Friday, August 12, 2011

Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan


Sudah pasti ramai ibubapa turut merasa debaran jika anak-anak beliau yang sedang belajar bakal menduduki peperiksaan. Ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, UBK ingin berkongsi petua untuk anak-anak serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Petua Anak Menduduki Peperiksaan
Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaanini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..

Saturday, August 6, 2011

Kesan dan Akibat Daripada Merokok





Mengapa merokok ?


1. Nampak lebih dewasa ...
2. Matang ...
3. Dapat menenangkan fikiran ...
4. Mencari ilham ...
    

Mungkin itu antara jawapan oleh mereka yang merokok. Kesemua jawapan yang tersebut nampak positif dan memihak kepada kesan baik. Namun, para perokok sebenarnya lebih daripada mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.
    

Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan manusia. Tetapi semuanya  masih tidak cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari masa kesemasa perokok kian bertambah dan lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah. 


Kepada para remaja yang bersekolah dan cuba-cuba menghisab rokok, hentikanlah tabiat itu. Anda bukan sahaja mensia-siakan pengorbanan wang ringgit ibu bapa, tetapi juga menipu diri sendiri! Anda sepatutnya berasa malu!




Apakah kesan buruk daripada merokok ?



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
    


Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.




Apakah penyakit yang bakal dihidapi oleh perokok?
   



Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.
    


Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengadungi karban monoksida akan bergabung dengan hemogolobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemogolobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisen, terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.
    

Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat.
    
Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.


Kesan atau risiko lain akibat merokok





Merokok boleh melesukan tubuh dan fikiran, bukannya menenangkan fikiran. Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada asapnya.
    

Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok ialah berbau busuk, kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk. Kesan jangka panjang pula, mereka akan mengalami gangguan fungsi paru. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru, risikonya lebih teruk. Turut terbukti bahawa merokok membahayakan janin yang dikandung ibu. Oleh itu, ibu bapa yang merokok hendaklah berhenti merokok untuk menjaga janin di dalam kandungan.
    

Seperkara lagi yang patut disedari perokok ialah merokok membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.
    

Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut. Kepada anda dan juga para remaja dinasihatkan agar tidak mencuba mendekati rokok apatah lagi menghisapnya. Sayangi diri anda...