Ads 468x60px

Wednesday, November 9, 2011

MAJLIS RESTU ILMU

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5
TAHUN 2011
BERTEMPAT DI DEWAN VOCTECH SMaTeD
09-11-2011

Wednesday, October 26, 2011

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/Vokasional


Murid-murid yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV & SMT) seluruh Malaysia bagi sesi pengambilan tahun 2012.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web:www.moe.gov.my pada ruangan e-perkhidmatan KPM atau datang sendiri  (walk-in) ke SMV atau SMT berhampiran bermula pada 5 September 2011.
Permohonan dibuat berdasarkan keputusan percubaan PMR 2011.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi SMV dan SMT berhampiran atau layari laman web:www.moe.gov.my/bptv .
Rayuan boleh dibuat secara atas talian (online).

Tuesday, October 25, 2011

Tingkatan 5 bersama alumni

EN WAN MOHD MAHFUZ BIN WAN MANSUR BERSAMA KELAS PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM
KERJAYA SEBAGAI SEORANG ARKITEK
PADA 25HB SEPTEMBER 2011
SEKARANG INI BELIAU MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT MASTER DI DALAM BIDANG ARKITEK DI NOTINGHAM UNITED KINGDOM




Wednesday, October 12, 2011

Motivasi untuk Pelajar Tingkatan 4

 - MOTIVASI -
(MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN)


TARIKH:
11 OKTOBER 2011(SELASA)

MASA:
10.00-1.00 PETANG

PENCERAMAH
EN MUSA BIN AWANG
KAUNSELOR PELAJAR
SMK SERI DUNGUN




BERSAMA-SAMA PELAJAR TINGKATAN 4 YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
TEMPAT DI DEWAN VOCTECH


Thursday, October 6, 2011

CAKNA AKADEMIK

 PROGRAM CAKNA AKADEMIK
SPM 2011

TARIKH:
25 SEPT-4 OKT 2011

TEMPAT
STUDENT SQUARE

KERJASAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0        Pengenalan

            Setiap pelajar mempunyai potensi untuk terus berkembang di dalam bidang akademik . Namun begitu kadang kala mereka agak cuai dan tidak memandang serius mengenai tahap pencapaian diri mereka. Ianya akan membuktikan bahawa pelajar tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.
            Justeru itu sebilangan kecil daripada mereka akan kecundang di dalam ujian dan juga peperiksaan. Oleh itu program ini dirangka bagi meningkatkan kesedaran dan motivasi diri agar terus menggunakan potensi mereka ke tahap maksima. Dengan bantuan para guru matapelajaran potensi mereka dijana dan diterjemahkan semula di dalam SPM 2011 kelak.

2.0        Objektif pROGRAM

1.       Menanamkan sikap bertanggung jawab terhadap diri sendiri, sekolah, ibu bapa, agama, bangsa, dan negara.

2.       Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.

3.       Melahirkan individu yang penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain serta tahu pandai bersyukur di atas apa yang dianugerahkan Tuhan untuknya.

4.       Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup di dunia dan di akhirat.

5.       Membina keyakinan diri kepada pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM 2011 bahawa mereka boleh melakukan dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan atau capai setakat ini.

3.0        Pelaksanaan PROGRAM

Program ini diselaraskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua Ketua Panitia yang terbabit.

4.0        Kumpulan Sasaran

Pelajar yang gagal dalam subjek teras ( Bahasa Melayu,Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik Moden.)

5.0          Tempat PROGRAM

Tempat Program          :  Student Square SMaTeD
           

6.0          Tarikh Cadangan

Tarikh Program            : 25 Sept hingga 4 Okt 2011( 8 hari)

7.0        JawatanKuasa kerja

            Penasihat
            Haji Awang bin Junoh (Pengetua SM.Teknik Dungun)
            Timbalan Pengerusi
            En.Mohd Yatim bin Mat (GPK Pentadbiran )
            Naib Pengerusi
            Haji Abdul Karim bin Dolah (GPK HEM)
            Penyelaras
            Pn Tg Maimun bt Tg Jaafar
            Setiausaha
            Pn.Aizan binti Hassan
            AJK
            Pn Hajah Norasmawati Ahmad
            Pn Siti Khadijah Mamat
            Pn Norwafidzlah Abd Wahab
            Pn Rosliza Hashim       

8.0        Modul dan Pengisian PROGRAM

 Dikendalikan sepenuhnya oleh guru matapelajaran

 9.0        Pelunjuran Perbelanjaan
Perbelanjaan

BIL
PERKARA
PERBELANJAAN
JUMLAH (RM)
1.
Makan minum pelajar selama 8 hari
RM3.00 sehari x 7 kali makan
225.00

JUMLAH BESAR=RM225.00

225.00

11.0        Penutup


                Diharapkan Program Cakna Akademik  ini dapat membantu para pelajar memperolehi kepujian di dalam SPM 2011 kelak.
                 Semangat yang jitu, usaha yang gigih serta berdoa dan tawakal adalah penting untuk para pelajar melangkah ke alam baru yang lebih baik daripada sebelumnya.Semoga mereka semua dapat menjana keputusan yang luar biasa bagi peperiksaan SPM yang tidak berapa lama lagi .

Sunday, September 25, 2011

Hari Tembakau

HARI TEMBAKAU SEDUNIA
BERTEMPAT DI 
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
(PSMZA)








Wednesday, September 21, 2011

Kata-kata Motivasi


Kata-kata motivasi ke 43 adalah dari Masataka Tomozoe, usahawan dan jutawan Jepun. Katanya…
“Saya hanya mahu berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk dan biar apapun yang terjadi, saya cuba untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan, kerana walau Anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang”.
Kita sebagai hamba, diberi tugas oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi. Tugasan hidup kita sudah jelas, iaitu untuk seorang hamba yang berjaya menjalankan perintah Tuhannya dengan cukup bagus. Maknanya, Anda dan saya ada peranan masing-masing dalam hidup kita ni.
Kita mungkin seorang bapa, seorang ketua di tempat kerja, seorang suami dan seorang anak. Walau siapa jua kita, kita tetap ada beberapa tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan penuh cemerlang. Terpulang pada kita bagaimana kita melakukannya.
Kita sendiri pun bagi tugasan dengan seseorang, kita nak tugasan tu dilaksanakan dengan cukup bagus, hebat sekali mengikut kemahuan kita. Bila orang yang kita suruh tak buat kerja, atau kerjanya tak cukup bagus, kita tak berpuas hati kekadang naik hangin. Mungkin, begitu juga dengan Allah apabila berdepan perangai kita yang sedikit ‘degi’.

Doa Untuk Berjaya



Wednesday, August 24, 2011

Salah satu tugas Guru Kaunseling SMT Dungun

Ini adalah salah satu program out reach ke sekolah-sekolah daerah Dungun .
Kebiasaanya ia dibuat untuk pelajar-pelajar lepasan PMR .

contoh:SMK Seri Paka

Sunday, August 21, 2011

Kemahiran Belajar


KEMAHIRAN BELAJAR
Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan
Pengenalan :
Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang
cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah.
Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai..
2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?
Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ?
Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :
2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.
2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..
2.3 Pegangan hidup ” Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum”.
2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.
Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih
timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda :
Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.?
Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ?
Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ?
Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ?
Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ?
Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ?
Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ?
Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ?
Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ?
Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ?
Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?

Friday, August 12, 2011

Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan


Sudah pasti ramai ibubapa turut merasa debaran jika anak-anak beliau yang sedang belajar bakal menduduki peperiksaan. Ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, UBK ingin berkongsi petua untuk anak-anak serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Petua Anak Menduduki Peperiksaan
Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaanini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..

Saturday, August 6, 2011

Kesan dan Akibat Daripada Merokok





Mengapa merokok ?


1. Nampak lebih dewasa ...
2. Matang ...
3. Dapat menenangkan fikiran ...
4. Mencari ilham ...
    

Mungkin itu antara jawapan oleh mereka yang merokok. Kesemua jawapan yang tersebut nampak positif dan memihak kepada kesan baik. Namun, para perokok sebenarnya lebih daripada mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.
    

Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan manusia. Tetapi semuanya  masih tidak cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari masa kesemasa perokok kian bertambah dan lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah. 


Kepada para remaja yang bersekolah dan cuba-cuba menghisab rokok, hentikanlah tabiat itu. Anda bukan sahaja mensia-siakan pengorbanan wang ringgit ibu bapa, tetapi juga menipu diri sendiri! Anda sepatutnya berasa malu!




Apakah kesan buruk daripada merokok ?



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
    


Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.




Apakah penyakit yang bakal dihidapi oleh perokok?
   



Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.
    


Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengadungi karban monoksida akan bergabung dengan hemogolobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemogolobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisen, terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.
    

Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat.
    
Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.


Kesan atau risiko lain akibat merokok





Merokok boleh melesukan tubuh dan fikiran, bukannya menenangkan fikiran. Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada asapnya.
    

Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok ialah berbau busuk, kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk. Kesan jangka panjang pula, mereka akan mengalami gangguan fungsi paru. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru, risikonya lebih teruk. Turut terbukti bahawa merokok membahayakan janin yang dikandung ibu. Oleh itu, ibu bapa yang merokok hendaklah berhenti merokok untuk menjaga janin di dalam kandungan.
    

Seperkara lagi yang patut disedari perokok ialah merokok membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.
    

Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut. Kepada anda dan juga para remaja dinasihatkan agar tidak mencuba mendekati rokok apatah lagi menghisapnya. Sayangi diri anda...

Tuesday, July 19, 2011

Kem Masih Ada Yang Sayang

Kem Solat Hajat(Masih Ada Yang Sayang)
17-19/07/2011
Kem Askar Bukit Kuang,Kemaman





Friday, July 15, 2011

Pelajar Yang Perlu Dirujuk Kepada Guru UBK

  • Murid yang perlu dirujuk oleh guru bagi pemantapan sahsiah diri dan akademik contohnya cara belajar berkesan.
  • Murid yang ingin mencari maklumat tentang kerjaya/psikososial dan lain-lain.
  • Murid miskin/anak yatim bagi tujuan kebajikan mereka.
  • Murid yang gagal dalam peperiksaan/ujian bulanan sekolah.
  • Murid yang mempunyai masalah peribadi sehingga menjejaskan prestasi akademik.
  • Murid yang terlibat dalam pengambilan dadah/rokok dan bahan beracun seperti menghidu gam.
  • Tingkah laku pendiam (pasif)/tidak aktif dalam kelas.
  • Murid yang melanggar peraturan sekolah seperti yang tercatat dalam buku peraturan sekolah.
  • Tidak menyiapkan kerja sekolah dan latihan yang diberikan guru.

Kem Kecemerlangan Akademik


Pada 11 hingga 14 Julai 2011, Sekolah-sekolah Menengah Teknik Zon 8 (Kelantan & Terengganu) telah diadakan Kem Kecemerlangan Akadenik di SM Teknik Dungun. Seramai 150 pelajar terlibat dalam kem ini yang terdiri daripada Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SM Teknik Dungun, SM Teknik Terengganu dan SM Teknik Bachok.
Matapelajaran yang terlibat dalam Kem ini ialah Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.
Tujuan Kem ini adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar-pelajar elit sekolah yang terlibat. Fasilitator bagi kem ini terditi daripada guru-guru dari sekolah berkenaan.

Wednesday, July 13, 2011

Kursus Haji


kursus_haji

Kursus yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini diadakan pada 12 Julai 2011 melibatkan semua pelajar tingkatan lima. Kursus ini memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang fardu haji yang wajib bagi semua umat Islam yang berkemampuan. Semua rukun dalam fardu haji dipelajari oleh pelajar melalui fasilitator yang didatangkan khas dari Lembaga Tabung Haji. Rukun haji seperti niat, wukuf, melontar, tawaf, saei dan sebagainya dilakukan oleh pelajar mengikut seperti yang dilakukan ketika di tanah suci. Kursus ini dapat memantapkan pengetahuan pelajar tentang fardu haji yang sememangnya terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Islam. 

Monday, June 27, 2011

Permohonan Kemasukan ke IKBN selepas tingkatan 5 bagi tahun 2012


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan telah membuka permohonan memasuki IKBN di seluruh negara bagi pengambilan sesi Januari 2012.
IKBN
Pengambilan IKBN bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan. Manakala bagipengambilan sesi Julai dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU.
Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil 
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan

Sunday, June 26, 2011

Pelajar terbaik SPM 2010

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Nik Sallehuddin Ayub kerana telah berjaya mendapat 10 A di dalam peperiksaan Spm 2010.Semoga anda terus mengukir kejayaan di sepanjang kehidupan ini.
Nik sallehuddin Ayub telah mendapat A+(BM,MM),A(MT),A- (BI,PAI,SEJ,LK,PK,FIZ,KIM).
Kepada semua pelajar tingkatan 5 2011,anda perlu mempertingkatkan usaha supaya kejayaan SMaTeD dapat dijulang dan disanjungi oleh ibu bapa ,guru-guru dan masyarakat di sekeliling anda.

Saturday, June 18, 2011

Motivasi

Definisi, Pengertian  & Takrifan Motivasi
Artikel ini menjelaskan pengertian, definisi dan takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.
1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris – “MOTIVATION”. Perkataan asalnya ialah “MOTIVE” yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat “motif pembunuhan”. Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.
Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
Oleh itu kita boleh definisikan bahawa:
1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.
2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.
Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan.
(Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama).
3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.
Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.
4. Motivasi Sebagai Stimulator
Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut:
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk berbuat demikian. Itulah sebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara atas sebab halangan undang-undang. Seperti kata pepatah Melayu “Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih.”

Thursday, May 12, 2011

Kem Kepimpinan PRS

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMATED 2011
BERTEMPAT DI BATALION KE-3 REJIMEN 512(AW)
KEM BUKIT KUANG,KEMAMAN















Tuesday, May 3, 2011

Kem Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


Kem Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Terengganu
anjuran Petronas di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
Tarikh:03.05.2011

-Pembimbing Rakan Sebaya-

 -antara tetamu yang hadir dalam program tersebut-

 -pihak pengurusan Petronas memberikan ucapan-


Tuesday, April 5, 2011

Cuti Umum Tahun 2011


BILKELEPASANHARITARIKH
MASIHIHIJRAH
1
Tahun Baru Cina
(Persekutuan dan Negeri)
Khamis
Jumaat
3 Februari 2011
4 Februari 2011
29 Safar 1432
1 Rabiulawwal 1432
2
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
(Maulidur Rasul)
Selasa15 Februari 201112 Rabiulawal 1432
3
Hari Ulangtahun Pertabalan Kebawah
DYMM Sultan Terengganu
Jumaat4 Mac 201129 Rabiulawwal 1432
4Hari PekerjaAhad1 Mei 2011
27 Jamadilawwal 432
5Hari WesakSelasa17 Mei 2011
13 Jamadilakhir 1432
6
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong
Sabtu4 Jun 2011
2 Rejab 1432
7Hari Kelepasan Am NegeriAhad5 Jun 2011
3 Rejab 1432
8
Hari Keputeraan Kebawah DYMM
Sultan Terengganu
Rabu20 Julai 2011
18 Syaaban 1432
9Hari Nuzul Quran*Rabu17 Ogos 2011
17 Ramadan 1432
10Hari Raya Puasa*
Selasa
Rabu
30 Ogos 2011
31 Ogos 2011
1 Syawal 1432
2 Syawal 1432
11Hari KebangsaanRabu31 Ogos 2011
2 Syawal 1432
12Hari Kelepasan Am NegeriKhamis1 September 2011
3 Syawal 1432
13Hari MalaysiaJumaat16 September 2011
18 Syawal 1432
14Hari Deepavali*Rabu26 Oktober 2011
28 Zulkaedah 1432
15Hari Raya Haji*
Ahad
Isnin
6 November 2011
7 November 2011
10 Zulhijjah 1432
11 Zulhijjah 1432
16Awal MUharram (Maal Hijrah)Ahad27 November 2011
1 Muharram 1432
17Hari KrismasAhad25 Disember 2011
29 Muharram 1432